" Dari Sahabat Untuk Sahabat " ^_^
Thursday, April 19, 2012 | 4:28 AM | 0 comments
"Jangan sesekali kau bersahabat kerana kebaikan & kesempurnaan yang kau lihat pada zahirnya tetapi bersahabatlah untuk mencari keredhaan Ilahi kerana kelak kau bakal kecewa pabila kekurangan & tidak kesempurnaan ada pada sahabatmu.
Memang begitu. Tiada siapa yang sempurna. Kekurangan yang ada padanya bukannya untuk dibanding-bandingkan tetapi untuk kau sempurnakan.."
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendirian,
Kita beruntung kerana mempunyai sahabat yang sangat memahami.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan & kejujuran seorang sahabat,
Begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu..
Kita cuma mengambil kira tentang harapan & perasaan diri kita sendiri.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan & membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu,
Terfikirkah kita perasaannya?
Seperti kita,
Dia juga tahu rasa kecewa.
Tetapi kita sering terlupa.
Untungnya kita mempunyai sahabat yang sentiasa memahami.
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa & ketakutan.
Harapan ,cita-cita & impian juga kita luahkan padanya.
Dengan izin Ilahi, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita sehingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya & rasa gelisahnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan & berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa & ingin menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai,
Boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati & perasaan sahabatmu..
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, suka, sedih & kecewa.
Dia juga ada kelemahan & memerlukan seorang sahabat..
Sebagai kekuatan
Jadilah kau sahabatnya itu..
Kita selalu melihat dia ketawa,
Tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kau sangkakan & tidak sekuat yang kau rasakan.
Di sebalik senyumannya mungkin terdapat 1000 kesedihan yang ingin diluahkan.
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan 1000 kekalutan yang ingin diceritakan.
Di sebalik kegembiraannya mungkin tersingkap 1000 kegusaran yang ingin dikongsikan.
Kita tidak akan pernah tahu..
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,
Mungkin kita akan tahu..
“Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik.
Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik..”
(Hukamak)
“Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai,
tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan..”
(Dale Carnagie)
Kawanku Siti Nur Atiqah.
Friday, April 13, 2012 | 10:35 PM | 2 comments
Aku mempunyai seorang rakan baik yang bernama Siti Nur Atiqah bt Mohd Helmee. Aku memanggilnya dengan panggilan, Atiqah. Walaupun dia tidak kaya dan kurang pandai, itu tidak menjadi penghalang buat kami untuk berkawan baik. Walaupun kami sering bergaduh tentang hal-hal yang kecil, ia tidak pernah memutuskan tali persahabatan kami sehingga kini.Pernah suatu hari, aku bergaduh dengannya hanya kerana dia bercinta dengan seorang budak lelaki kelas kami. Aku amat marah dengannya, aku menyuruh dia memutuskan hubungan dengan budak lelaki itu. Aku pesan kepadanya, selagi dia tidak memutuskan hubungan dengan budak itu, jangan menegur aku. Setelah beberapa hari dia putus dengan budak lelaki itu, kami pun berkawan semua seperti biasa. Benarlah kata orang, "masam-masam manis dalam persahabatan adalah rempah ratus yang sangat berharga".
Hari ini bersamaan 14 April 2012, adalah hari lahirnya. Aku tidak memberinya hadiah kerana, aku tidak berkesempatan untuk pergi ke kedai bagi membeli hadiah untuknya. Apa yang hanya aku boleh beri adalah, doa.Ya! Aku mendoakan dia supaya panjang umur, murah rezeki, dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR dan PSRA. Setiap hari, aku berdoa agar persahabatan kami akan terus kian mekar mewangi dengan ketulusan hati. :)
p/s: entri ini dibuat khas untuk Pertandingan 'Kawanku....' oleh Husna Adnan.