Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Fake Smile


Credit



Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome



Kawanku Siti Nur Atiqah.
Friday, April 13, 2012 | 10:35 PM | 2 comments
Aku mempunyai seorang rakan baik yang bernama Siti Nur Atiqah bt Mohd Helmee. Aku memanggilnya dengan panggilan, Atiqah. Walaupun dia tidak kaya dan kurang pandai, itu tidak menjadi penghalang buat kami untuk berkawan baik. Walaupun kami sering bergaduh tentang hal-hal yang kecil, ia tidak pernah memutuskan tali persahabatan kami sehingga kini.

Pernah suatu hari, aku bergaduh dengannya hanya kerana dia bercinta dengan seorang budak lelaki kelas kami. Aku amat marah dengannya, aku menyuruh dia memutuskan hubungan dengan budak lelaki itu. Aku pesan kepadanya, selagi dia tidak memutuskan hubungan dengan budak itu, jangan menegur aku. Setelah beberapa hari dia putus dengan budak lelaki itu, kami pun berkawan semua seperti biasa. Benarlah kata orang, "masam-masam manis dalam persahabatan adalah rempah ratus yang sangat berharga". 


Hari ini bersamaan 14 April 2012, adalah hari lahirnya. Aku tidak memberinya hadiah kerana, aku tidak berkesempatan untuk pergi ke kedai bagi membeli hadiah untuknya. Apa yang hanya aku boleh beri adalah, doa.Ya! Aku mendoakan dia supaya panjang umur, murah rezeki, dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR dan PSRA. Setiap hari, aku berdoa agar persahabatan kami akan terus kian mekar mewangi dengan ketulusan hati. :)


p/s: entri ini dibuat khas untuk Pertandingan 'Kawanku....' oleh Husna Adnan.