Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Fake Smile


Credit



Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome



Cerita Krismas untuk semua....
Monday, December 27, 2010 | 12:55 AM | 0 comments
Hari Krismas telah tiba dan Belle merasa sangat gembira kerana dye akan melakonkan watak utama dalam pertunjukan drama sempena sambutan Krismas di pekannya..'Saya harap kamu dapat datang untuk menonton persembahan  saya' kata Belle sambil menghiaskan tempat itu dgan hiasan Krismas.. " tak boleh!! " jawab Beast.. " Saya akan menakutkan semua orang.." Belle mendapat 1 idea dan memakaikan Beast kostum Santa Klaus.."Sekarang tiada sesiapa yang akan tahu siapa kamu," kata Belle...Dengan bantuan Mrs.Potts, Belle mula membuat pakaian untuk persembahan dramanya.Lumiere dan Chip pula berlatih untuk melakonkan watak mereka..Pada petang pertunjukan itu,semua kanak-kanak di pekan bergegas ke tempat persembahan untuk merayakan hari Krismas.." Hebatnya! " kata Belle kepada Beast semasa mereka melihat pertunjukan penjugel dan pemakan api..Kemudian,Beast terlihat seorang budak perempuan bernama Maryly..Maryly telah cedera pada kakinya & tidak boleh bermain bersama kanak-kanak lain.. " Belle! " panggil Beast,sambil menunjuk ke arah Maryly.. " Bukan semua org sdg bergembira menyambut hari Krismas ini." Beast menarik tangan Belle dan terus membawanya ke teater. " Saya ada idea yang membolehkan Maryly turut bergembira " katanya..Beast bertanya kepada Belle jika Maryly boleh mengambil alih wataknya.." Sudah tentu! " kata Belle.." Tapi ada 1 masalah ," kata Mrs.potts." Pakaian untuk persembahannya! " Semua orang berasa begitu teruja sehingga terlupa yang pakaian Belle terlalu besar untuk Maryly..Maryly kelihatan sedih." Saya rasa saya tahu siapa yang boleh menolong kita! " kata Beast.." Saya akan kembali dengan cepat! " Persembahan drama bermula & penonton bersorak dengan gembira.Belle menanti kepulangan Beast dengan cemas  - Masa untuk Maryly membuat persembahan semakin hampir..Apabila tiba giliran Maryly,taburan serbuk ajaib pari-pari muncul secara tiba-tiba .Puffs!! Pakaian Maryly bertukar kepada gaun puteri yang cantik..Maryly dibawa ke pentas . " Hoorey! " jerit semua orang apabila melihat Maryly dengan perasaan bangga.." Bagaimana kamu melakukannya,Beast? " tanya Belle.. " Owh,saya dapat pertolongan dari seorang kawan," jawab Beast..Persembahan drama itu disambut hangat & Maryly memberikan persembahan yang mantop.." Terima kasih! " Maryly berkata kepada Beast & Belle..

!!TAMAT!!