Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Fake Smile


Credit



Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome



Buat Sahabat² Sejati Ku .
Saturday, August 13, 2011 | 6:38 AM | 0 comments




Kawan, 
Episod hari ini, 
Telah membuka mataku,
Betapa perlunya kita peka,
Hati dan perasaan seseorang,
Kerana di situ terletaknya nilai persahabatan kita,
Jika serpih dan sompek nilai itu,
Maka kelak dikhuariti,
Akan merobekkan silaturrahim ini...

Sahabat,
Rasanya sudah lebih setahun dirimu kukenali,
Namun bagaikan,
Baru semalam aku mengenalimu,
Masih terlalu jauh,
Untukku selam dasar hatimu,
Kerana aku mengerti,
Bukan semudah itu,
Untuk aku menempatkan diriku,
Di sudut kalbumu...

Rakan karibku,
Sebagai manusia biasa,
Aku tidak bisa lari dari kesilapan,
Aku tidak bisa mengelak dari kealpaan,
Pun begitu, 
Jika tuturku pernah menyakitimu,
Jika bicaraku pernah membuat kau terguris,
Maafkan daku...

Ya Rabbul Jalil,
Tiada lain yang kupinta,
Hanya rahmat dan keberkatan-Mu,
Tulus kumohon agar,
Kau berkatilah,
Persahabatan kami ini...

Ya Rahim,
Dengan limpah dan kasih sayang-Mu,
Ampunilah insan yang ku panggil sahabat...


P/s : Khas Untuk Sahabat² Ku . Di sini , aku ingin mengucapkan TERIMA KASIH kerana telah sudi menjadi sahabat sejatiku selama ini . Semoga , persahatan kita akan kekal selamanya