Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Fake Smile


Credit



Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome



Sahabatku Tersayang
Friday, September 23, 2011 | 8:49 PM | 0 comments



Untuk sahabat yang sangat-sangat kita sayangi ini,kita pinta berbanyak-banyak kemaafan,andai sepanjang perkenalan antara kita dan sahabat,kita banyak melukakan hati dan perasaan sahabat.Kita hanya insan biasa,yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan.Maafkan kita ya,sahabat.Kita tahu kita banyak buat salah.

Kita ambil berat pasal sahabat,kerana kita sayangkan sahabat kita.Kita tak nak apa-apa yang tak elok berlaku kat sahabat.Kita dah anggap sahabat macam keluarga kita sendiri.Kita sayangkan sahabat pun macam keluarga sendiri,tak ada maksud atau niat lainnya.Kita sedar siapa kita sebenarnya,tak penting mana pun. Kita bukannya apa,sahabat kita ini tersangatlah baiknya,sebab itulah kita sayangkan sahabat kita.Kita tahu,bila kita kehilangan dia,kita tak akan menemui sahabat yang baik sepertinya lagi.Memang tiada penggantinya.

Apa yang sangat-sangat kita harapkan,agar sahabat sentiasa dalam peliharaan Allah,agar sahabat sentiasa di lindungi Allah,agar sahabat sentiasa di berkati Allah dan agar sahabat di rahmati Allah.Hanya doa aje yang mampu kita berikan kepada sahabat.Kita juga nak memberi pesanan untuk sahabat,jaga diri sahabat baik-baik. Segala-gala kebaikan yang dilakukan mesti niat kerana Allah.Sekiranya sahabat ditimpa musibah mengadulah pada Allah,kerana hanya kepada DIAlah yang terbaik.Banyakkan bersabar dan yakinlah diri setiap ujian dan dugaan yang ALLAH berikan pasti ada hikmah yang tersembunyi.

"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)". (Al-Baqarah ayat:152)
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar". (Al-Baqarah ayat:153) 
Kalau kita mendiamkan diri,janganlah sahabat menganggap yang bukan-bukan.Kita tak bermaksud apa-apa,cuma kita tak nak mengganggu kebahagiaan sahabat.Kita tak nak ganggu sahabat lagi dengan sms kita yang entah apa-apa.Maafkan kita ya .sahabat,kita bukanlah yang terbaik,kita sering mengganggu sahabat.Berjuta-juta kemaafan kita pinta.Dan ketahuilah sahabat,bahawasanya sahabat adalah diantara orang-orang yang kita sayangi kini dan selamanya.Kita dan sahabat umpama satu keluarga. Maafkan kita ya sahabat kerana meluahkan apa yang terpendam dalam lubuk hati kita kat sini. Bagi kita sahabat adalah yang terbaik di antara terbaik.

Sahabat andai ini luahan hati terakhir dari kita. Maafkan kita ya sahabat.Kita tak tahu sampai mana pengakhiran hidup kita kat bumi Allah ini.Kita sedih sebenarnya,tak tahulah sebab apa kita bersedih,susah untuk digambarkan melalui tulisan dan kata-kata. Maafkan kita ya sahabat.... sekali lagi kita katakan sahabat adalah yang terbaik antara terbaik. Sahabat baik sangat-sangat dengan kita.

Semoga sahabat berbahagia.

sayang sahabat semua kerana ALLAH..
salam ukhwah fillah..