Kau nak dapat 5A , MUMTAZ , tapi ..................
Tuesday, January 24, 2012 | 6:48 AM | 0 comments
Assalamualaikum readers. Sorry lama tak update blog. Busy sikit tahun ni, al-maklumlah saya ni dah Tahun 6. *mangsa upsr*. Okay-okay, back to the topic. Accually, post ni sebenarnya untuk kawan saya. Tapi, alang-alang awak dah baca, baca sampai habis ya!Hey, kau cakap dengan aku, kau nak dapat 5A, nak dapat MUMTAZ. Tapi, kelas tambahan, motivasi, kau tak pernah datang langsung pun. Nak dapat 5A dengan MUMTAZ kenalah berkorban masa sikit. Kau cakap, kau tak datang kelas tambahan masa cuti tu sebab nenek kau meninggallah, nenek kau sakitlah, nenek saudara kau meninggallah. Apa semua ni? Bayangkanlah, kelas tambahan sekolah pagi dengan petang 2 minggu takkan sehari pun tak boleh datang? Just jujur je lah kalau kau malas nak datang. Tak payah nak susah-susah reka alasan lah.
Aku pun tak faham dengan kau ni. Hari tu beria-ria je cakap kau tu calon 5A dan MUMTAZ. Tapi, usaha tak de. Tak gunalah wei. Aku sendiri tak tahu aku ni boleh dapat 5A dengan MUMTAZ, macam mana kau boleh yakin yang kau akan dapat 5A dengan MUMTAZ? Tolonglah sedar diri sikit. Kau ni dahlah suka tipu orang. Cakap nak datang, tapi tak datang jugak. Macam hari jumaat lepas, kau cakap nak datang tuisyen math kat rumah Teacher Norizan, tapi batang hidung kau pun kitorang tak nampak. Cakap jangan sebarangan cakap. Sekali kau tipu, sampai bila-bila aku tak kan percaya kat kau.
Dah lah, buat sakit hati je nak cakap pasal kau. Kalau boleh, aku nak sangat senaraikan keburukan kau kat sini. Tapi, panjang sangat. Buat penat aku nak taip je nanti. Okaylah bye, terima kasih sudi baca. :)